Jumaat, 16 Oktober 2015

Forum 2

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Ini forum saya yang seterusnya , 

Apakah masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa?

11 ulasan:

  1. Salam sejahtera saudari, ingin saya mengongsikan pendapat berkaitan dengan hubungan perapatan dengan bapa. Secara umumnya bapa merupakan ketua keluarga. Walaupun begitu, ramai remaja atau kanak-kanak kurang hubungan perapatan dengan bapa. Biasanya, kanak-kanak yang tidak rapat dengan bapa ialah golongan yang berada atau kaya. Mereka terpaksa menggunakan orang tengah ketika hendak berjumpa dengan bapa. Masa di rumah yang terhad juga salah satu punca hilangnya hubungan perapatan dengan bapa. Bapa yang bekerja lebih masa selalunya tiada masa untuk bersama anak-anak. Kesan daripada ketiadaan hubungan perapatan dengan bapa ialah kanak-kanak akan melakukan apa yang mereka suka. Maka timbullah pelbagai gejala yang tidak baik. Kemungkinan mereka juga tidak menjaga adap mereka terhadap orang lain. Mereka juga suka membuang masa untuk melepak dengan rakan yang lain.
    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wasalam sis,

      ia benar apa yang dikatakan oleh sis bapa adalah ketua keluarga. seperti yang dapat kita lihat zaman sekarang hubungan kekeluargaan amat regang dek kerana sibuk dengan mencari rezeki untuk masa hadapan. apabila setiap hubungan itu menjadi renggang maka individu itu akan melakukan apa yang disukai tanpa ada halangan.

      Padam
  2. assalamualaikum saudari... pada pendapat saya, masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa mereka ialah kanak ini akan mengalami stress dan kemurungan disebabkan kurangnya perhatian oleh bapa mereka. kanak-kanak merupakan individu yang sangat sensitif jd bagi seorang bapa kita seharusnya memperikan perhatian yang sepatutnya kepada anak-anak supaya mereka tahu bahawa mereka amat penting dalam keluarga mereka. selain itu, sebagai bapa kita seharusnya pandai membahagi masa dan kerjaya agar anak-anak tidak diabaikan. kanak-kanak yang kekurangan perapatan ini akan menyebabkan mereka menyindiri dan kurang pergaulan antara mereka dan rakan-rakan sebaya mereka. hal ini akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak itu sendiri. sebagai bapa kita seharusnya memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak tidak disisihkan dan anak-anak berhak mendapat perhatian yang secukupnya agar kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan sosialnya. jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai hubungan perapatan dengan bapa dengan yang kurang mendapat perapatan, kanak-kanak yang mendapat perapatan dengan bapa lebih baik peningkatan pertumbuhan yang berbanding yang tidak mendapat perapatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikummusalam sis,

      stress dan kemurungan yang berlaku kemungkinan jarang berlaku kepada kanak-kanak. kanak-kanak ini lebih kepada memberontak jika ada sesuatu yang dirasakan tidak selesa dan tidak disukai.kanak-kanak ini juga memerlukan kasih sayang kerana mereka akan merasa diri dihargai,dilindungi,dan disayangi.

      Padam
  3. assalamualaikum saudari... pada pendapat saya, masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa mereka ialah kanak ini akan mengalami stress dan kemurungan disebabkan kurangnya perhatian oleh bapa mereka. kanak-kanak merupakan individu yang sangat sensitif jd bagi seorang bapa kita seharusnya memperikan perhatian yang sepatutnya kepada anak-anak supaya mereka tahu bahawa mereka amat penting dalam keluarga mereka. selain itu, sebagai bapa kita seharusnya pandai membahagi masa dan kerjaya agar anak-anak tidak diabaikan. kanak-kanak yang kekurangan perapatan ini akan menyebabkan mereka menyindiri dan kurang pergaulan antara mereka dan rakan-rakan sebaya mereka. hal ini akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak itu sendiri. sebagai bapa kita seharusnya memikul tanggungjawab yang besar bagi memastikan anak-anak tidak disisihkan dan anak-anak berhak mendapat perhatian yang secukupnya agar kanak-kanak dapat meningkatkan perkembangan sosialnya. jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai hubungan perapatan dengan bapa dengan yang kurang mendapat perapatan, kanak-kanak yang mendapat perapatan dengan bapa lebih baik peningkatan pertumbuhan yang berbanding yang tidak mendapat perapatan.

    BalasPadam
  4. Saya Azlin Bekri ingin mengongsikan pendapat tentang hubungan atau perapatan antara anak dan ibubapa mengikut kefahaman saya secara umum kerana saya tidak pernah belajar tentang Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum ini.

    Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis kerana memberi pendapat, apa yang sis katakan saya amat bersetuju kerana ibu bapa merupakan faktor utama untuk perkembangan kanak-kanak. emosi,sosial dan kesemuanya untuk perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak ini banyak yang dingini pantang melihat sesuatu yang diminati atau tidak diminati pasti akan minta untuk dibeli hanya untuk kepuasan.

      Padam
    2. terima kasih sis kerana memberi pendapat, apa yang sis katakan saya amat bersetuju kerana ibu bapa merupakan faktor utama untuk perkembangan kanak-kanak. emosi,sosial dan kesemuanya untuk perkembangan kanak-kanak. kanak-kanak ini banyak yang dingini pantang melihat sesuatu yang diminati atau tidak diminati pasti akan minta untuk dibeli hanya untuk kepuasan.

      Padam
  5. Salam sejahtera..

    berdasarkan pernyataan yang diberikan diatas pada pandangan saya, peranan seorang ayah tidak kurang penting bagi seorang kanak-kanak. Bimbingan dari seorang ayah dalam proses pembelajaran akan memberi kesan yang positif bagi perkembangan fizikal,emosi,kognitif dan sikapa anak. Kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Oxford menyatakan melalui hasil yang didapati perkaitan antara perhubungan rapat denga ayah dan anak berkait rapat denga pencapaian akademik di sekolah. Dinyatakan bahawa anak yang banyak berinteraksi dengan ayah mempunyai iq yang lebih tinggi berbanding anak yang kurag berinteraksi. Selain itu, anak-anak yang rapat dengan ayaah juga memiliki kemamapuan berbahasa dan kognitif yang baik. Berdasarkan kajian ini, menyatakan bahawa kanak-kanak yang rapat dengan ayah mempunyai kurang masalah disekolah. Karakter seorang bapa amat berbeza dengan seorang ibu akan mencipta suatu corak pembelajaran yang berbeza dengan ibu. Pembentukan peribadi dan personaliti yang baik seperti yakin dan berani dapat disemai dan dipupuk melalui iteraksi kanak-kanak dengan bapanya. Jelas sekali interaksi antara kanak-kanak dan ayah itu memainkan peranan penting dalam membantu pencapaian yang baik disekolah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis bagi pendapat,

      kebenarannya disini ialah hubungan setiap ahli keluarga itu penting dan akan dapat membantu sekiranya mepunyai masalah dan juga akan menyokong disewaktu susah.hubungan dengan bapa penting kerana kasih sayang bapa tiada tolok bandingnya. Kasih bapa tidak dapat dilhat seperti kasih seorang ibu. itu yang menjadikan anak-anak berasa tidak disayangi dan berasa tidak dihargai walhal kasih itu tidak dapat dinilai oelh seseorang.

      Padam
    2. terima kasih sis bagi pendapat,

      kebenarannya disini ialah hubungan setiap ahli keluarga itu penting dan akan dapat membantu sekiranya mepunyai masalah dan juga akan menyokong disewaktu susah.hubungan dengan bapa penting kerana kasih sayang bapa tiada tolok bandingnya. Kasih bapa tidak dapat dilhat seperti kasih seorang ibu. itu yang menjadikan anak-anak berasa tidak disayangi dan berasa tidak dihargai walhal kasih itu tidak dapat dinilai oelh seseorang.

      Padam