Jumaat, 16 Oktober 2015

Forum 3

Pada pendapat anda, apakah kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelik dalam dunia pekerjaan?

11 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudari,
    tidak dinafikan bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana Emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Hal ini kerana, Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Jadi sekiranya pekerja hanya mempunyai Emosi dan sosial yang baik, kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak dapat dilakukan dengan baik kerana hanya mempunyai Emosi dan Sosial yang baik. sebagai contoh: seorang pekerja yang mempunyai jawatan yang sama dengan rakan sekerjanya mempunyai emosi dan sosial yang baik. Beliau dapat bergaul dengan rakan kerja yang lain dan dapat mengawal emosi ketika menghadapai sebarang masalah. Namun beliau tidak dapat memikirkan bagaimana supaya beliau boleh mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dari rakan sekerjanya. Beliau juga tidak mampu menganalisis dan memahami keadaan sesuatu di tempat kerja menyebabkan beliau hanya mampu menjawat jawatan yang setara dengan rakan sekerjanya. Hal demikian keran beliau hanya menjaga kecerdasan Emosi dan Sosial sahaja. Beliau tidak menjaga kecerdasan Intelek beliau menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat jawatan yang lebh tinggi dari rakan kerjanya kerana kurang mahir dalam berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu. Oleh itu, Kecerdasan Intelek juga sama pentingnya dengan Kecerdasan Emosi dan Sosial.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis diatas pandangan yang diberi.

      Padam
  2. Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya bersetuju dengan pendapat sis. Ini kerana emosi dan sosial mampu mengawal setiap perilaku seseorang.

      Padam
  3. Salam sejahtera saudari , pada pandangan saya, saya bersetuju dengan tajuk yang dibahaskan di mana, kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, seseorang individu yang kecerdasan emosinya berbanding kecerdasan intelek juga boleh menyebabkan konflik dalalm dirinya.Apabila emosi tidak stabil, maka tingkah laku seseorang juga tidak akan stabil. Keadaan ini dapat dilihat apabila terdapat segelintir individu yang mempunyai tahap kecerdasan intelek(IQ) yang tinggi tetapi menyalahgunakan kelebihan tersebut bagi tujuan melakukan perbuatan negatif dengan melakukan jenayah dan kes-kes devian sosial seperti perompakan,penculikan dan pembunuhan. Sebagai contoh, Ted Bundy adalah merupakan pembunuh bersiri sekitar pada tahun 1985-1990 di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai tahap IQ yang tinggi.Begitu juga dengan halnya kemunculan penggodam komputer ataupun 'hacker' yang dikatakan mempunyai IQ yang tinggi. Semua ini secara umumnya jelas menunjukkan bahawa kecerdasan emosi dan kecerdasan sosial adalah lebih berperanan penting dan lebih baik dalam menentukan kejayaan seseorang individu. Begitu juga dalam dunia pekerjaan seseorang individu.

    BalasPadam
  4. salam sejahtera, bertemu lagi.

    Izinkan saya mengongsikan sekali lagi pendapat saya.

    Emosi, ya sememangnya sangat sukar diduga kerana ia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Berdasarkan pengalaman bekerja saya, kecerdasan emosi dan sosial memang penting terutamanya ketika bekerja. Begitu banyak dugaan ketika berada dalam dunia pekerjaan. Kecerdasan emosi dan sosial tidak boleh dipisahkan kerana ia melengkapi antara satu dengan yang lain. Emosi mampu dikawal jika sikap bersosial kita diaplikasikan secara profesional. Mana-mana pekerjaan juga banyak cabaran. Cara kita bersosial di tempat kerja haruslah seimbang, jika kita berhadapan dengan pelanggan, berinteraksilah dengan baik jangan biarkan pelanggan tidak mendapat layanan yang sepatutnya, kerana ia akan mempengaruhi prestasi kerja kita. Tambahan lagi, dalam dunia pekerjaan ini, cerdas emosi,sosial dan intelek sangat penting. 3 elemen ini penting kerana kecerdasan intelek melengkapi kecerdasan emosi dan sosial. Jika tidak seimbang, kita akan mengalami stress, tiada tumpuan terhadap kerja dan merosakkan abiliti kerja kita. Kualiti kerja akan menurun.
    Saya berpendapat bahawa ketiga-tiga elemen ini harus ada pada diri kita ketika bekerja.

    Sekian

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sis kerana sanggup mengutarakan pendapat.

      ia benar sis emosi seseorang memang sukar untuk diubah apatah lagi kanak-kanak. Didalam pekerjaan perlu mengawal emosi dan menjaga sosial supaya tiada berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

      Padam
  5. Selamat sejahtera saudari...saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kecerdasan emosi Dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam pekerjaan. Berdasarkan pandangan saya, kecerdasan emosi Dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutamanya dalam dunia pekerjaan. Hal ini demikian kerana emosi yang tenang selamat Dan tidal tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni bahagian Dan sosial persekitaran yang tenteram apabila hal ini berlaku pekerjaan akan lebih selesa Dan kualiti pekerjaan semakin meningkat.

    BalasPadam
  6. Selamat sejahtera saudari...saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kecerdasan emosi Dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam pekerjaan. Berdasarkan pandangan saya, kecerdasan emosi Dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutamanya dalam dunia pekerjaan. Hal ini demikian kerana emosi yang tenang selamat Dan tidal tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni bahagian Dan sosial persekitaran yang tenteram apabila hal ini berlaku pekerjaan akan lebih selesa Dan kualiti pekerjaan semakin meningkat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih saudari memberi pandangan,

      tekanan kerja meningkat dengan mendadak apabila kita tidak dapat mengawal tiga perkara ini iaitu emosi,sosial dan intelek. jika emosi tidak dapat dkawal kesimpulannya kita tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh orang lain. bekerja dalam kumpulan tetapi mengikut kepentingan sendiri tanpa memandang pandangan orang lain dan saling berbincang memberi idea.disini dapat saya simpulkan jika ketiga perkara ini ada dan dapat dikawal setiap perilaku dan sesuatu perkara yang dibuat akan menyenangkan orang lain dan tidak akan mendatangkan tekanan.

      Padam
    2. terima kasih saudari memberi pandangan,

      tekanan kerja meningkat dengan mendadak apabila kita tidak dapat mengawal tiga perkara ini iaitu emosi,sosial dan intelek. jika emosi tidak dapat dkawal kesimpulannya kita tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh orang lain. bekerja dalam kumpulan tetapi mengikut kepentingan sendiri tanpa memandang pandangan orang lain dan saling berbincang memberi idea.disini dapat saya simpulkan jika ketiga perkara ini ada dan dapat dikawal setiap perilaku dan sesuatu perkara yang dibuat akan menyenangkan orang lain dan tidak akan mendatangkan tekanan.

      Padam