Jumaat, 16 Oktober 2015

forum 4

Ini adalah forum saya yang terakhir ...

Bagaimanakah keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia.Adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?

11 ulasan:

  1. Salam sejahtera saudari, izinkan saya menyatakan pendapat saya dalam ruangan ini. Seperti yang kita tahu, bukan orang dewasa sahaja yang menghadapi stres. Orang dewasa selalunya stres apabila masalah kerja, duit tidak cukup, kemahuan terlalu tinggi tetapi tidak dapat dicapai, stres dengan pasangan, cemburu harta orang lain dan banyak lagi. Kanak-kanak pula akan stres apabila mereka tidak mendapat kasih sayang yang cukup, perlingungan yang tidak baik, keluarga yang berpecah belah serta kemahuan tidak dipertimbangan oleh ibubapa.
    Kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia pada pendapat saya juga mengalami stres. Antara faktor yang membuat mereka stres ialah, obesiti. Berat badan yang berlebihan akan menganggu emosi dan pergerakan sosial kanak-kanak. Kerana mereka juga ingin bermain dengan rakan yang lain. Dalam hal ini, kanak-kanak tersebut akan menangis dan mengamuk dengan kerap sekali. Seterusnya, mereka akan stres ketika hidup berjauhan dengan ibubapa. Hubungan rapat akan menganggu emosi mereka. Apabila emosi terganggu, mereka akan kencing pada waktu malam dengan kerap sekali. Bukan itu sahaja, mereka juga akan menangis tanpa henti apabila tidak mendapatkan apa yang mereka inginkan.
    Kanak-kanak sekolah rendah pula akan mengalami stres apabila mereka diberikan harapan tinggi dalam pencapaian akademik. Mereka terpaksa belajar lebih masa dan kurangkan masa bermain.Kesannya, mereka akan murung, tidak ada selera makan dan menangis.
    Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan supaya emosi kanak-kanak dijaga, dan memberikan mereka peluang untuk bermain dengan rakan-rakan. Yang paling penting, ibubapa perlu mengawal pemakanan anak-anak untuk mengelakkan obesiti, galakkan mereka bermain dan bersenam ringan sesuai dengan umur mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih diatas komen yang telah sis berikan..
      Ia memang benar apa yang dikatakan oleh sis seperti diatas tidak semestinya orang dewasa yang mempunyai tekanan kanak-kanak juga begitu kerana kanak-kanak ini tidak boleh dikonkong ia memerlukan kebebasan supaya perkembangan emosinya dapat dikawal.
      Ibu bapa harus memantau setiap perilaku anak-anak supaya perkembangan yang dilalui secara positif.

      Padam
  2. salam sejahtera saudari, pandangan saya mengenai isu yang saudari kemukakan ialah kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di malaysia sering menghadapi stress atau tekanan apabila mereka tidak mampu untuk menerima dan menyeimbangkan tuntutan perubahan yang berlaku dalam kehidupan mereka. Seterusnya, stress boleh dilihat sebagai desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan sesuatu peristiwa yang berlaku padanya. Selain itu, apabila kanak-kanak ini menghadapi stress secara berterusan, maka akan berlaku perubahan dari segi fizikal iaitu perubahan berat badan yang ketara, kurang kecerdasan dan mempunyai masalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainya. Contohnya, terdapat satu kes iaitu seorang pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mengeluh kerana sering mengalami sakit kepala, sakit perut dan tidak dapat tidur nyenyak. Keadaan yang dialami oleh pelajar ini menunjukkan dia mengalami tekanan kerana dia mempunyai perasaan resah, kurang keyakinan diri bahawa dia akan dapat mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan itu. Kesimpulanya, saya dapat menyimpulkan bahawa kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di negara kita menghadapi stres apabila mereka tidak mampu mencapai sesuatu perkara yang diingininya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis memberi pandangan.

      Kanak-kanak yang berasa kurang yakin untuk menghadapi cabaran perlu didorong oleh orang- orang.persekitarannya supaya kanak-kanak itu dapat berfikir dan mencabar dirinya untuk terus berjaya..

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. saya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis memberi pendapat..

      Seperti yang sis katakan tekanan kepada kanak-kanak diperoleh daripada rumah iaitu situasi sesebuah kekeluargaan dalam mendidik anak..
      Kongkongan daripada keluarga punca utama..
      Kanak-kanak tidak pandai melawan tpi sebagai ibu bapa perlu faham akan situasi tersebut seperti bermain..
      Yang merupakan hobi semasa di alam kanak-kanak.

      Padam
  5. Salam sejahtera... Bagi pendapat saya keadaan kesihatan mental kanak-kanak adalah berbeza mengikut keadaan persekitaran. Jadi jika keadaan persekitaran dalam keadaan yang baik maka kesihatan mental kanak-kanak juga akan terpengaruh. Dalam masa yang sama faktor baka juga mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Seperti yang kita bahawa perkembangan kanak-kanak fari segi mental dipengaruhi baka Dan persekitaran. Oleh ITU, sesetengah kanak-kanak mepunyai stress yang tinggi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis kerana memberi komen. Sememangnya kesihatan mental kanak-kanak terpengaruh oleh baka dan persekitaran. oleh itu, ibu bapa perlu memastikan persekitaran itu tidak mengganggu kesihtan mental kanak-kanak.

      Padam
    2. Terima kasih sis kerana memberi komen. Sememangnya kesihatan mental kanak-kanak terpengaruh oleh baka dan persekitaran. oleh itu, ibu bapa perlu memastikan persekitaran itu tidak mengganggu kesihtan mental kanak-kanak.

      Padam
  6. Salam sejahtera... Bagi pendapat saya keadaan kesihatan mental kanak-kanak adalah berbeza mengikut keadaan persekitaran. Jadi jika keadaan persekitaran dalam keadaan yang baik maka kesihatan mental kanak-kanak juga akan terpengaruh. Dalam masa yang sama faktor baka juga mempengaruhi kesihatan mental kanak-kanak. Seperti yang kita bahawa perkembangan kanak-kanak fari segi mental dipengaruhi baka Dan persekitaran. Oleh ITU, sesetengah kanak-kanak mepunyai stress yang tinggi.

    BalasPadam