ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA...
Siapa yang pernah datang melawat dalam blog saya yang lepas pasti sudah mengenali saya ini..
Jadi sekarang saya ingin mengajak semua pembaca blog saya untuk berforum...
Forum yang akan saya berikan ada empat tapi saya akan memberi satu persatu forum saya dan saya harap pembaca blog sekalian memberi respon dalam blog saya..
Forum 1
Bincangkan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?
Assalamualaikum saudari,
BalasPadamIzinkan saya menyatakan pendapat diruang bicara ini. Rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, samaada pengaruh positif ataupun negatif. Biasanya, pengaruh rakan sebaya lebih cenderung kepada kelakuan negatif. Pengaruh negatif seperti vandelisme, merokok, melepak, mencuri dan seumpamanya. Rakan sebaya sangat berpengaruh dalam perkembangan sosial dan emosi kanak. Mereka sentiasa berfikir boleh melakukan apa sahaja tanpa bantuan keluarga. Maka pelbagai masalah akan timbul.
Oleh itu, untuk mengelakkan hal ini berlaku, ibubapa perlu mendedahkan pendidikan awal agama terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya didikan agama yang baik, rakan sebaya secara tidak langsung boleh membawa rakan yang lain untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Hal ini demikian kerana,pentingnya didikan ilmu agama ini didedahkan lebih awal. Rakan sebaya sepatutnya boleh mendorong rakan yang lain untuk terus berusaha supaya gejala yang tidak baik diabaikan. Tingkah laku yang baik akan membentuk sasiah kana-kanak jika didedahkan sejak mereka kecil.
Terima kasih.
Waalaikummusalam sis,
Padamterima kasih memberi pandangan ia benar apa yang dikatakan saudari, rakan sebaya memang banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Malah ibu bapa perlu melihat rakan anak-anak mereka supaya tidak cenderung kearah yang tidak baik. Rakan sebaya ini banyak pengaruh positif dan negatif malah kadang kala rakan sebaya ini yang akan mengajar sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan niat hanya untuk mencuba dan untuk kegembiraan tetapi apabila ia dilakukan selalu ia akan menjadi tabiat. Contoh jelas yang mudah dilihat sekarang merokok dan buli.

assalamualaikum dan selamat sejahtera.
BalasPadamsaya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak.Rakan sebaya memainkan peranan penting dalam kehidupan seseorang kanak-kanak. Rakan sebaya boleh mendorong kanak-kanak mencapai impian atau sebaliknya. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya, kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dasn potensi ke tahap optimum. Kanak-kank yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka. Manakala rakan sebaya yang bersikap negatif dan anti sosial maka ada kecenderungan kanak-kanak turut terjebak dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Akhlak dan nilai yang diamalkan oleh rakan sebaya lazimnya akan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak turut bertingkah laku sedemikian kerana mereka takut disingkir oleh rakan sebaya mereka.

Terima kasih sis sudi memberi pandangan.
PadamRakan sebaya ini kuat pengaruhnya dalam perkembangan individu.
Disini.ibu bapa perlu melihat rakan-rakan anak mereka supaya dapat mengelakkan diri daripada perkara negatif.
Salam sejahtera izinkan saya menjawab persoalan yang saudari utarakan diatas.Saudari, sudah semestinya pembentukan nilai kendiri kanak-kanak terganggu apabila sosioemosi mereka terjejas. Hal ini demikian kerana, konsep kendiri seseorang bergantung kepada individu tersebut.
BalasPadamTerdapat beberapa faktor yang mempengaruhi sosioemosi kanak-kanak. Antaranya ialah dari segi pertuturan,pemakanan,perlakuan dan lain-lain. Misalnya sekiranya kanak-kanak tersebut hidup dalam persekitaran keluarga mahupun jiran yang terdiri daripada baik pertuturan,pergaulan seharian maka kendiri yang lahir pada dalam diri kanak-kanak akan jasa baik. Begitu juga sebaliknya. Kanak-kanak yang memiliki konsep yang negatif misalnya ialah punca utama. Kurangnya penerapan nilai-nilai murni dalam diri mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak akan bersikap tidak berpuas hati dengan setiap persekitaran mereka, sering menyalahgunakan tersebut bukanlah wujud secara semulajadi dan tidak akan berkekalan. Sekian sahaja dari saya.
Terima kasih sis diatas jawapan yang sis bagi..
PadamKonsep kendiri kanak-kanak juga boleh dikaitkan dengan faktor baka dan persekitarannya..
Salam sejahtera...pada pendapat saya rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama Dari segi umur pendidikan atau kelas sosial Dan minat.kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya. Kanak-kqnak lazimnya menggunakan rkan sebaya sebagai panduan apabila menilai diri Dari segi tingkah laku perdonaliti kemahiran serta kebolehan. Disini jelas sekali rakan sebaya memainkan peranan penting dalam sosioemosi kanak-kanak.
BalasPadamTerima kasih sis kerana memberi pandangan, ibu bapa perlu memantau atau mengenali rakan sebaya anak-anak mereka supaya perkara tidak diingini berlaku. Mencegah dengan lebih awal lebih baik.
PadamTerima kasih sis kerana memberi pandangan, ibu bapa perlu memantau atau mengenali rakan sebaya anak-anak mereka supaya perkara tidak diingini berlaku. Mencegah dengan lebih awal lebih baik.
PadamTerima kasih sis kerana memberi pandangan, ibu bapa perlu memantau atau mengenali rakan sebaya anak-anak mereka supaya perkara tidak diingini berlaku. Mencegah dengan lebih awal lebih baik.
PadamSalam sejahtera...pada pendapat saya rakan sebaya merupakan kumpulan remaja yang sama Dari segi umur pendidikan atau kelas sosial Dan minat.kita sedia maklum bahawa remaja biasanya lebih gemar menghabiskan masa bersama rakan sebaya. Kanak-kqnak lazimnya menggunakan rkan sebaya sebagai panduan apabila menilai diri Dari segi tingkah laku perdonaliti kemahiran serta kebolehan. Disini jelas sekali rakan sebaya memainkan peranan penting dalam sosioemosi kanak-kanak.
BalasPadam